Dropship Programme #BMSQUAD

VISI DROPSHIP PROGRAMME BYMIRASYA​

Melahirkan usahawa-usahawan wanita yang boleh menjana pendapatan sehingga mempunyai perniagaan dan syarikat sendiri menjelang tahun 2024.

 

 

MISI DROPSHIP PROGRAMME BYMIRASYA​

Komited dalam memastikan kepuasan pelanggan dan rakan niaga untuk produk & servis :

- memberikan servis khidmat pelanggan yang mesra, cepat, cekap kepada semua pelanggan BYMIRASYA.

 


 

Frequently Asked Questions (FAQ)

 

1. Apa itu sistem Dropship (DS) BYMIRASYA?

 

Dropship atau nama singkatannya DS adalah agen sah yang berdaftar dengan BYMIRASYA. DS BYMIRASYA dipanggil sebagai BMSQUAD. BMSQUAD akan menjual produk-produk daripada BYMIRASYA dan menerima komisen daripada hasil jualan tersebut. Kalau jadi BMSQUAD, anda tak perlu keluar modal,  tak perlu pegang barang dan tak perlu pos barang tau! Haaa! Bestkan?? Anda cuma perlu dapatkan customer sahaja!

 

2. Apakah syarat utama untuk menjadi BMSQUAD?

 

Syarat untuk menjadi BMSQUAD adalah sangat mudah. Anda mestilah wanita dan berumur 18 tahun ke atas dan mesti ada online banking. Tiga syarat mudah sahaja sayang!


 

3. Seronok tengok kawan-kawan lain dapat reward setiap bulan. Macam mana ya saya nak tercalon untuk terima reward daripada BYMIRASYA?

 

Alhamdulillah! Jika anda sudah ada target untuk dapatkan reward, maksudnya anda sudah ready untuk buat sales! YEAY!! Dear, kalau anda rajin buat sales dan capai target setiap bulan, confirm anda akan terima reward daripada BYMIRASYA! Dan BYMIRASYA juga akan sediakan pelbagai bentuk reward yang akan kami berikan khas untuk anda! Setiap bulan juga kita akan sediakan pelbagai reward yang berbeza tau! Ya Allah, bestnya! Apa lagi sis, jom join BMSQUAD!


 

4. Macam mana nak daftar jadi BMSQUAD?

 

FYI, kami tak buka pendaftaran untuk DS setiap masa tau! Kami akan buka pendaftaran untuk jadi BMSQUAD pada bila-bila masa sahaja. Jadi, anda perlu menunggu update daripada kami di Instagram ya. Bila kami dah open registration DS, ha baru anda boleh mula daftar dan kami akan beritahu cara-caranya.  

 

Berikut adalah link instagram kami: https://www.instagram.com/bymirasya/


 

5. BYMIRASYA boleh post ke luar negara ke dan bagaimana?

 

Yes! Of course! Produk kami boleh hantar ke luar negara. Untuk penghantaran ke luar negara, team DS boleh terus menghubungi Master DS dan maklumkan negara mana yang anda perlu post.


 

6. Bagaimana ya kami nak dapatkan semua maklumat berkaitan dengan BMSQUAD?

 

BYMIRASYA menggunakan pelbagai platform untuk berhubung dengan DS-DS semua tau! Antaranya adalah:

a) Whatsapp Group: Bertujuan untuk engage dengan DS-DS di samping menyampaikan pelbagai info dan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan DS.

b) Telegram Group: Satu platform di mana Master Dropship akan berkongsi gambar-gambar produk BYMIRASYA dan link website untuk setiap produk.

c) Facebook: BYMIRASYA menggunakan FB untuk membuat kelas online dan support group.